1 Jan 2012

baru,,,,

tahun baru, suasana baru, bilik baru, apa lagi baru..??
tahun yang mendebarkan aku. sebabnya??
PMR
aku tak tahu la boleh buat atau tidak?
yang pasti aku akan cuba buat yang terbaik.
kerana aku tersenarai sebagai budak target straight a's.
gementarnya. harapan cikgu-cikgu mesti tinggi kan pada aku.
tidak mengapa, ada lagi 8 orang kawan aku yang turut tersenarai sebagai budak target straight a's.
mereka ialah:
sarah, huda, homaidi, fitri, asma, nyak, shihah, ainman..
doakan yea agar kami boleh dapat mencapai apa yang diingini oleh guru-guru kami.
yang penting kami ialah generasi terakhir kelas aliran biasa.
 pasti guru-guru meletakkan harapan yang tinggi kepada kami kan?
  itu yang pasti..
masuk form 3 mesti akan ada yang bertanya "nak pindah tak?"
aku akan jawab "insyaAllah kalau result ok."
kenapa aku cakap seperti itu..??
senang saja alasannya. korang pasti tak akan menyangka.
tidak perlu lah untuk aku beritahu.
mesti korang akan ingat itulah alasan yang paling tak munasabah.
tapi disebalik itulah korang akan tengok kenapa aku berbuat demikian.
tapi apa yang pasti aku buat semua ini hanya untuk masa depan aku.
aku tau pasti korang ingat aku ni pentingkan diri sendiri. 
tapi, kalau korang berada ditempat aku mesti korang akan lakukan perkara yang sama kan?
"belajar di sejaya tak ada masa depan ke?"
"bukan macam itu. aku nak kumpulkan markah koko. kalau nak belajar, dekat mana-mana pun boleh. tapi, kalau koko susah sikit la."
itulah aku cakap pada rakanku.

oklah, next time pula aku cerita. 
apa pun selamat menyambut tahun baru..
-^_^-

1 ulasan: