minggu nie minggu yang paling seronok n menakutkan..sebabnya ? aq dah mula brsekolah di sejaya.. benda yang agak menakutkan juga la.. menyeronokkan sebab dapat jumpa korang balik..dapat lepak-lepak, berborak, kena marah sama-sama, rehat sama-sama, balik sama-sama dan apa lagi erk..?? banyak la..yang penting dapat bersama dengan korang balik.. aq rasa tahun nie ialah tahun terakhir aq kat sejaya..sebab tahun depan aq nak pindah.. aq nak masuk tikl, akhirnya ayah aq bagi juga pergi sana, dengan syarat.. dapat straight a's.. sejak itu, aq rasa bersemangat untuk belajar dengan lebih bersungguh-sungguh lagi.. ok la, hari pertama di sekolah aq rasa gementar sangat.. sebab cikgu dah ingatkan awal-awal supaya prepare untuk PMR.. buat kerja kursus elok-elok kalau tak nak markah cincai.. jangan x suka pada cikgu, nanti x berkat ilmu.. apa lagi..banyak la.. yang penting semua pasal PMR.. cikgu nie pun satu, suka sangat buat aq nervous.. bila dah kecut perut mula lah x leh nak bernafas la, buat entah apa-apa la..banyak lagi la.. sebab tu mak aq suruh aq jangan fikir sangat pasal tu..yakinkan diri supaya boleh hadapi semua nie.. mental dan fizikal kena kuat untuk hadapi semua nie.. jangan ulangi lagi apa yang berlaku waktu peperiksaan akhir tahun f2.. sebabkan kem, aq boleh jatuh..tapi nasib baik masih top 10.. kalau tidak, mesti cikgu-cikgu akan tanya sebab apa perkara seperti itu berlaku..aq nak jawab apa? tak kan nak jawab pasal pergi kem.. mak aq dh suruh kuatkan mental, tak buat juga..hish3..teruk kan aq..tapi, disebalik aq pergi kem tu baru aq tau ada sesuatu yang tersirat.. senior2 semua nak aq buang perkara yang buruk tentang aq.. contohnya.. tidak ada keyakinan diri, keberanian untuk menghadapi sesuatu perkara, perasaan malu dan lagi lah..apapun aq sangat gembira bila apa yang aq nak aq dapat.. aq gembira sebab aq tau setakat mana kebolehan aq, dan aq akan cuba baiki...setakat tu je la..sekarang aq nak beritahu pasal sekolah pula..aq tidak tahu kenapa secara tiba-tiba jabatan x bagi sekolah buat apa-apa aktiviti waktu p n p.. kononnya tak nak ganggu p n p la.. padahal kalau asyik-asyik belajar, tak ke boring kite nanti.. dengan waktu belajar tak boleh tu, tak boleh nie..haih..teruk2.. minggu depan sejaya buat mesyuarat agung koko..kedatangan diwajibkan untuk sesiapa yang rasa nak ke universiti.. kenapa aq cakap universiti, sebab apa yang kita buat sekarang nie semuanya untuk masa depan kita juga..bukan untuk ibubapa, bukan untuk cikgu-cikgu..tetapi, kita.. tahun nie aq ingat nak masuk kelab setia n kelab netball la..krs wajib la masuk..kalau tak masuk, kena sound la dengan cikgu mastura.. dia akan cakap macam nie " hish, kamu nie. buat penat saya saja hantar pergi kursus sana-sini..kalau begitu, baik kamu tak payah pergi kursus.." kalau nak tau, mulut cikgu nie boleh tahan juga..haha..sekarang nie aq cuma berharap satu je..aq harap adalah kawad untuk krs puteri..tu je..tahun nie sahaja.. tolong la yea wahai senior-seniorku.. ok lah..minggu depan pula aq sambung..kita cerita pasal pss n koko..
-^_^-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan