11/2/2012..sejaya ada buat hari merentas desa..
lelaki- 7km
perempuan- 5km
terbahagi kepada 4 kategori je tahun nie..tak macam tahun lepas..
perempuan digabungkan, dari form 1 sampai form5..
tak seronok la macam tu..
pada hal, waktu form 3 nie la waktu yang ditunggukan oleh kiteorang..budak-budak form 3 nie..
terpaksa la kiteorang lawan dengan senior..
memang lemah semangat la kiteorang..
nak tak nak, kena lawan juga la..
hehehe..
pada hari tu, aq dapat no 32..
banyaknya..tahun lepas no 16..
kurang stamina nie..
memang pun, waktu latihan pun aq ponteng, macam mana nak laju lari..
hehe..
ainman, hazirah, balkis dan ain nadiah, atas dari aq..
syadatul je la dapat no 40..
nasib baik ada alasan, kalau tak memang kena la dengan cikgu si shadatul tu..
aq lari dalam 48 minit..lamanya..ok la tu..
lagipun aq jalan je kowt..bukannya lari..
haha..
waktu menunggu keputusan, pasukan kompang ada buat persembahan..
tak menarik sangat..biasa je la..
tapi, ok lah.. at least hilangkan bosan juga..
dalam pukul 10 lebih..keputusan diumumkan..
memang aq tak sangka, kawan aq iaitu
homaidi, afiq, danny dan afif boleh dapat top 15 dalam kategori L2..
laju gak dorang lari..
dan afiq merupakan orang pertama yang sampai kat sekolah..
perh...
laju gila..
waktu umumkan senarai pemenang setiap kategori..
kebanyakan adalah ahli rumah kuning..
aq rasa, mesti rumah kuning akan jadi johan tahun nie..
tapi, rupa-rupanya keputusan sebaliknya..
rumah merah yang jadi juara..
alhamdullilah..
rumah kuning naib johan..
hijau ketiga..
biru keempat..
bangga dan bersyukur rumah merah menang..
tapi, ada benda yang aq tak suka kat budak-budak lelaki rumah merah..
bila ada ahli rumah merah yang menang, bukan nak sorak..
duduk diam je, yang paling banyak sorak budak perempuan..
ketua pun duduk je..
apalah..tak ada semangat langsung..
tak apa, lepas nie..
kiteorang akan teruskan kecemerlangan dalam acara seperti..
- modified sport
- sukantara
- perbarisan
dan kemungkinan johan keseluruhan..doakan yea..amin..
saya sayang rajawali..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan