31 Jan 2012

kawad lagi...

hehe..kali ini aq nak cerita tentang kawad lagi la..sorry la..hehe..29/1 ada kawad untuk hari wilayah..buat pertama kalinya krs sejaya tak hantar wakil..memang terasa kowt..tapi apa nak buat..kiteorg tak sehebat seperti sekolah ttdi, raja dolah, puterijaya, puteri wilayah, batu muda dan sebagainya..memang salah kiteorg juga..tapi nak buat macam mana, kiteorg tak seperti senior-senior, ex-student sejaya yang dulu-dulu..kiteorang tak tegas seperti dorang..tahun memang tahun yang agak mencabar buat kiteorang..dengan pmr lagi, kelas tambahan, sukan lagi..huh..banyaknya..memang sibuk sangat tahun nie..tak pernah aq sesibuk seperti sekarang..nak buat macam mana, tanggungjawab dan amanah mesti dilaksanakan...ia akan dipersoal di akhirat nanti..kalau pandai bahagi masa insyaAllah bolehnya..krs sejaya tahun nie memang banyak saingan di peringkat zon sentul..sekolah2 lain sekarang semua hebat-hebat..tak macam dulu, sekolah raja dolah, jinjang dan smakl je..tahun nie diy, raja ali, batu muda dan banyak lagi la..memang kalau difikirkan kembali macam peluang untuk menang amatlah tipis.. tapi, insyaAllah kiteorang boleh buat..kiteorang akan buktikan walaupun tanpa penjagaan dan pemerhatian dari guru-guru krs, kiteorg boleh buat..baiarlah krs sejaya yang paling 'kesian'..aq tak kisah..memang sakit hati bila difikirkan kembali.. tapi, aq sedar aq tak boleh melebihi kuasa yang diberikan walaupun pangkat aq sama je dengan pengerusi.. dah la aq sorang je yang sesat kat ajk tertinggi tu..semua form 5..ini lah yang berlaku apabila keyakinan cikgu terhadap senior mula berkurangan..masalah dalaman krs sejaya sudah diketahui umum..memang malu kowt.. tapi aq sedar, tak guna rahsiakan..lambat laun dorang akan tahu juga..
sekarang nie memang aq tengah cemburu dengan pbsm..mulai tahun lepas dorang dah mula tunjuk belang dorang..mungkin tahun nie dorang juara negeri dan dapat masuk kebangsaan..siapa tahu kan?? tapi, pada masa cikgu-cikgu sibuk berkata tentang pbsm..terdapat seorang cikgu nie yang terus memberi sokongan dan kata-kata semangat kat kiteorg..memang aq tabik la pada cikgu nie..walaupun sekarang kebanyakan cikgu-cikgu semua mula memandang tinggi kepada pbsm..dan mula merendahkan krs..cikgu-cikgu tak tahu apa yang berlaku boleh la cakap itu ini..berapa kerat je cikgu-cikgu yang ada ketahanan mental dan fizikal yang sanggup bersama dengan krs..yang lain, tahun pertama memang tak sanggup..masuk tahun kedua terus lari..itu lah realitinya..dengan masalah yang kadang-kadang aq sendiri pening untuk memikirkannya..tapi, insyaAllah berkat doa cikgu-cikgu dan ex-student termasuk la kiteorang..kiteorang janji akan buat yang terbaik tahun nie..baik perempuan mahupun lelaki..doakan la yea..biar lah ini tahun yang terakhir buat perempuan, aq tak kisah..asalkan kita akhirinya dengan sesuatu yang indah dan manis.. dah la nanti-nanti la aq cerita pasal kawad, sekolah dan kehidupan aq..

p/s: bila kita mendapat sesuatu tanggungjawab, laksanakan lah ia dengan penuh amanah, ikhlas dan kuatkan hati untuk hadapi semua tanggungjawab ini..insyaAllah ia akan diredhai dan diberkati oleh Allah.. insyaAllah..

19 Jan 2012

kisah 16/1 hingga 20/2..

asalamualaikum..
minggu nie adalah minggu yang agak memeningkan kepala aq..terpaksa selesaikan masalah budak lelaki..hehe.. nak tak nak WAJIB..ikutkan memang aq malas nak campur urusan dorang sebab masalah kiteorang pun tak selesai lagi nak selesaikan masalah budak lelaki..memang tak la kan..namun disebabkan oleh pesanan dan amanah serta tanggungjawab, terpaksa la aq turun..buat pertama kalinya, sejaya tak hantar wakil untuk hari wilayah..biarlah apa orang nak cakap asalkan dorang bahagia..tahun nie adalah tahun yang agak mencabar sebab macam-macam amanah dan tanggungjawab yang diberikan kepada aq..memang sakit hati kowt bila si nazmi pergi janji dekat pn siti..dia tak sedar ke tanggungjawab yang bakal dipikul oleh dia tu berat..ingat mudah ke nak pertahankan gelaran juara..nak menang memang senang..nak pertahankan susah sikit..tapi, apa-apa pun kiteorg tak boleh menyerah kalah terlalu awal..kiteorg akan buktikan yang kiteorg boleh lakukan..memang banyak salah faham dan masalah kiteorg..dengan budak-budak dah mula pijak kepala..memang bengang kowt.. lagi satu aq nak pesan, kalau aq ajar memang garang dan tegas..jadi korang terpaksa la ikut cara aq..sorry la yea..terutama sekali kepada budak tu, dah 2 hari aq tegur dia..korang jangan ingat aq sengaja nak attack dia yea..memang dah tanggungjawab aq untuk tegur dia..apa pun kepala aq sekarang dah mula sakit disebabkan oleh pelbagai homework..adess...

12 Jan 2012

pss, krs n netball..

hari isnin sekolah aq ada buat mesyuarat agung koko untuk persatuan/kelab.. jadi wajiblah hadirkan..?? sebelum itu, hari ini memang aq tak sangka akan bertugas di pss. nampaknya kenalah bertugas juga sebab berkuatkuasa pada hari isnin..waktu rehat exco hari ini cakap lepas habis meeting terus bertugas..aq ok je la..waktu meeting tu kelakar ada juga..mula-mula bising la kan..macam tak kenal kiteorang.. aku masuk kelab setia pun pasal nak kutip markah koko..sebagai persediaan kata orang bila kawad tak ada nanti..bila dah habis meeting, aq n ainman tunggu la 2.30 sebab hari isnin kiteorang bertugas..bila dah naik, tak buka pula..selepas 15 minit tunggu shahir kata pukul 3 la buka..mak aih..penat tunggu rupa-rupanya pukul 3..sabar je la..waktu bertugas tu, aq ada terbaca la pasal kejuruteraan awam..lepas habis baca, aq mula terfikir.. adakah aq sanggup bawa subjek tu atau sekadar nak pindah sekolah..kemudian aq terfikir apa kebolehan aq..nampaknya kena la aq fikir 100 kali untuk pindah nie..hari selasa tu, ada perjumpaan untuk rumah sukan..aq ingat kan cikgu aida yang jadi ketua rupa-rupanya u.aziah..cikgu zaini bukan guru rumah merah dah..aq dan shadatul rasa sedih la pula..sebab nanti bila kena buat kerja mesti rasa boring pasal tak ada c.zaini.. hari rabu pula ada meeting untuk unit beruniform..hari yang paling ditunggu oleh aku..aq nak tengok siapa yang jadi pengerusi krs tahun ini.. sungguh tak kuduga bila nazmi yang jadi pengerusi, naib pula ja.. s/u k.zuraini, naib s/u aq.. bendahari k.erin, naib bendahari fadhli..cikgu masturah nie bila panggil orang mesti akan cakap '(nama) mempunyai pangkat lans koperal/koperal/sarjan' itu untuk form 5..aq pula cikgu tambah 'mempunyai peluang untuk jadi pegawai waran. baru tingkatan 3' hish..malu la aq..dah la aq sorang yang terasing kat situ..menggeletar lutut aq bila duduk kat depan ahli-ahli krs..cikgu cakap cikgu nak orang-orang yang boleh handle n uruskan aktiviti bukan sekadar kejar glamor..mulanya aq rasa mesti cikgu akan pilih budak yang ada pangkat..ternyata telahan aq betul..nampak nya tahun ini banyaklah tanggujawab yang aq kena pegang..mula-mula pss, kemudian krs..seterusnya pak sebagai bendahari dan last skali spbt..hish3..
sabar dayah..nie semua tanggungjawab dan amanah dari cikgu..kalau cikgu x percaya akan kebolehan kita cikgu tak akan lantik kita..jangan lupa mental n fizikal kena kuat..sekarang nie aq tengah kesian kat nazmi, ja n fadhli..dorang kena ajar budak-budak baru kawad..x pe itukan amanah dari jabatan..kalau tak buat sia-sia je jabatan bagi pangkat sarjan kat korang bertiga termasuklah aq skali..hehe..krs puteri tak tahu la nasib cam mana..tunggu dan lihat saja la..hari khamis ada meeting untuk sukan/permainan..mula-mula aq nak keluar, tak nak dah masuk netball sebabnya adalah..last-last masuk juga..teruk betul kan aq..terima je la..hehe..
ok lah..next time pula yea..nak rehat pula..

6 Jan 2012

3 ceKaL.. :D

minggu nie minggu yang paling seronok n menakutkan..sebabnya ? aq dah mula brsekolah di sejaya.. benda yang agak menakutkan juga la.. menyeronokkan sebab dapat jumpa korang balik..dapat lepak-lepak, berborak, kena marah sama-sama, rehat sama-sama, balik sama-sama dan apa lagi erk..?? banyak la..yang penting dapat bersama dengan korang balik.. aq rasa tahun nie ialah tahun terakhir aq kat sejaya..sebab tahun depan aq nak pindah.. aq nak masuk tikl, akhirnya ayah aq bagi juga pergi sana, dengan syarat.. dapat straight a's.. sejak itu, aq rasa bersemangat untuk belajar dengan lebih bersungguh-sungguh lagi.. ok la, hari pertama di sekolah aq rasa gementar sangat.. sebab cikgu dah ingatkan awal-awal supaya prepare untuk PMR.. buat kerja kursus elok-elok kalau tak nak markah cincai.. jangan x suka pada cikgu, nanti x berkat ilmu.. apa lagi..banyak la.. yang penting semua pasal PMR.. cikgu nie pun satu, suka sangat buat aq nervous.. bila dah kecut perut mula lah x leh nak bernafas la, buat entah apa-apa la..banyak lagi la.. sebab tu mak aq suruh aq jangan fikir sangat pasal tu..yakinkan diri supaya boleh hadapi semua nie.. mental dan fizikal kena kuat untuk hadapi semua nie.. jangan ulangi lagi apa yang berlaku waktu peperiksaan akhir tahun f2.. sebabkan kem, aq boleh jatuh..tapi nasib baik masih top 10.. kalau tidak, mesti cikgu-cikgu akan tanya sebab apa perkara seperti itu berlaku..aq nak jawab apa? tak kan nak jawab pasal pergi kem.. mak aq dh suruh kuatkan mental, tak buat juga..hish3..teruk kan aq..tapi, disebalik aq pergi kem tu baru aq tau ada sesuatu yang tersirat.. senior2 semua nak aq buang perkara yang buruk tentang aq.. contohnya.. tidak ada keyakinan diri, keberanian untuk menghadapi sesuatu perkara, perasaan malu dan lagi lah..apapun aq sangat gembira bila apa yang aq nak aq dapat.. aq gembira sebab aq tau setakat mana kebolehan aq, dan aq akan cuba baiki...setakat tu je la..sekarang aq nak beritahu pasal sekolah pula..aq tidak tahu kenapa secara tiba-tiba jabatan x bagi sekolah buat apa-apa aktiviti waktu p n p.. kononnya tak nak ganggu p n p la.. padahal kalau asyik-asyik belajar, tak ke boring kite nanti.. dengan waktu belajar tak boleh tu, tak boleh nie..haih..teruk2.. minggu depan sejaya buat mesyuarat agung koko..kedatangan diwajibkan untuk sesiapa yang rasa nak ke universiti.. kenapa aq cakap universiti, sebab apa yang kita buat sekarang nie semuanya untuk masa depan kita juga..bukan untuk ibubapa, bukan untuk cikgu-cikgu..tetapi, kita.. tahun nie aq ingat nak masuk kelab setia n kelab netball la..krs wajib la masuk..kalau tak masuk, kena sound la dengan cikgu mastura.. dia akan cakap macam nie " hish, kamu nie. buat penat saya saja hantar pergi kursus sana-sini..kalau begitu, baik kamu tak payah pergi kursus.." kalau nak tau, mulut cikgu nie boleh tahan juga..haha..sekarang nie aq cuma berharap satu je..aq harap adalah kawad untuk krs puteri..tu je..tahun nie sahaja.. tolong la yea wahai senior-seniorku.. ok lah..minggu depan pula aq sambung..kita cerita pasal pss n koko..
-^_^-

1 Jan 2012

baru,,,,

tahun baru, suasana baru, bilik baru, apa lagi baru..??
tahun yang mendebarkan aku. sebabnya??
PMR
aku tak tahu la boleh buat atau tidak?
yang pasti aku akan cuba buat yang terbaik.
kerana aku tersenarai sebagai budak target straight a's.
gementarnya. harapan cikgu-cikgu mesti tinggi kan pada aku.
tidak mengapa, ada lagi 8 orang kawan aku yang turut tersenarai sebagai budak target straight a's.
mereka ialah:
sarah, huda, homaidi, fitri, asma, nyak, shihah, ainman..
doakan yea agar kami boleh dapat mencapai apa yang diingini oleh guru-guru kami.
yang penting kami ialah generasi terakhir kelas aliran biasa.
 pasti guru-guru meletakkan harapan yang tinggi kepada kami kan?
  itu yang pasti..
masuk form 3 mesti akan ada yang bertanya "nak pindah tak?"
aku akan jawab "insyaAllah kalau result ok."
kenapa aku cakap seperti itu..??
senang saja alasannya. korang pasti tak akan menyangka.
tidak perlu lah untuk aku beritahu.
mesti korang akan ingat itulah alasan yang paling tak munasabah.
tapi disebalik itulah korang akan tengok kenapa aku berbuat demikian.
tapi apa yang pasti aku buat semua ini hanya untuk masa depan aku.
aku tau pasti korang ingat aku ni pentingkan diri sendiri. 
tapi, kalau korang berada ditempat aku mesti korang akan lakukan perkara yang sama kan?
"belajar di sejaya tak ada masa depan ke?"
"bukan macam itu. aku nak kumpulkan markah koko. kalau nak belajar, dekat mana-mana pun boleh. tapi, kalau koko susah sikit la."
itulah aku cakap pada rakanku.

oklah, next time pula aku cerita. 
apa pun selamat menyambut tahun baru..
-^_^-